Carian


Syarikat Tidak Tersenarai

Larkin Sentral Property Berhad


komtar

Tentang Larkin Sentral Property Berhad

LSPB dahulunya dikenali sebagai Larkin Sentral Property Sdn Bhd (“LSPSB”) ditubuhkan pada 20 Julai 1995. LSPB mula aktif pada Januari 2008, setelah pembelian hartanah Terminal Larkin Sentral oleh pihak Johor Corporation pada bulan Disember 2007.

Aktiviti utama syarikat adalah penyewaan lotlot perniagaan, lot-lot pasar awam, terminal pengangkutan serta tempat letak kenderaan. Bangunan Larkin Sentral terletak di atas tanah seluas 16.23 ekar yang terdiri daripada bangunan pasar awam, terminal pengangkutan awam dan tempat letak kenderaan.

Mulai Januari 2008, pengurusan LSPB diuruskan oleh DASB Property Management Sdn Bhd. LSPB adalah 100% milikan Waqaf An-Nur. Jumlah modal berbayar sehingga 31 Disember 2022 adalah sebanyak RM 96,061,160.

Prestasi Kewangan

Prestasi kewangan syarikat untuk tempoh berakhir 31 Disember 2022 menunjukkan peningkatan perolehan sebanyak RM12.1 juta berbanding RM9.7 juta pada tahun 2021. Syarikat mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM3.6 juta bagi tahun 2022 berbanding kerugian RM8.65 juta pada tahun 2021.

Keuntungan ini didorong oleh pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura. Hal ini telah menjadikan peningkatan pengunjung ke Larkin Sentral meningkat dari bulan ke bulan sekaligus meningkatkan keuntungan kepada peniaga-peniaga di Larkin Sentral.

Kadar sewa juga telah kembali kepada asal, dan tiada rebat diberikan kepada penyewa.