Carian


Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur

Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur

Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) ditubuhkan oleh JCorp melalui Waqaf An-Nur. Operasi klinik ini disokong sepenuhnya oleh hospital-hospital pakar di bawah KPJ Healthcare Berhad. Ia juga dibina dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

KWAN mula ditubuhkan pada 1998 di Plaza Kotaraya, Johor Bahru yang kini dikenali sebagai Galleria @ Kotaraya. Bermula dari situ maka peranan klinik ini semakin berkembang. Bermula 1 April 2011, Pengurusan KWAN telah diserahkan kepada pihak KPJ dan pengurusan operasi hospital dan klinik-klinik di selaraskan bawah Jawatankuasa Penyelarasan yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan KPJ.

Bermula 1 Januari 2022, Caj Rawatan Klinik Waqaf adalah sebagaimana berikut:

  1. Pesakit Luar : RM10.00
  2. Rawatan Dialisis : RM130.00

 

MANFAAT


  • Perkhidmatan perubatan di KWAN boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa dan agama.
  • Sehingga 31 Disember 2022 sebanyak 1.9 juta rawatan telah diberikan kepada pesakit di rangkaian KWAN dan daripada jumlah tersebut 167,000 atau 9% adalah jumlah rawatan yang diberikan kepada pesakit bukan Islam.
  • Dengan kadar bayaran serendah RM10, pesakit akan menerima rawatan daripada doktor pakar KPJ beserta ubat-ubatan.
  • Seramai 350 pesakit buah pinggang telah menerima manfaat dengan menjalani rawatan di pusat dialisis yang disediakan.

 

PERKHIDMATAN DIALISIS DI KWAN

KWAN turut menyediakan perkhidmatan dialisis di sembilan (8) buah cawangannya dengan kadar caj sebanyak RM130.00 untuk satu rawatan.

Cawangan KWAN yang menyediakan perkhidmatan dialisis adalah seperti berikut:

  • Klinik Waqaf An-Nur, Pasir Gudang, Johor : 07-2555415
  • Klinik Waqaf An-Nur, Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram, Johor : 07- 8614102
  • Klinik Waqaf An-Nur Galleria @ Kotaraya, Johor 07 - 2244788
  • Klinik Waqaf An-Nur Senawang, Seremban, Negeri Sembilan : 06 -6795662
  • Klinik Waqaf An-Nur Ijok, Selangor : 03 - 32792490
  • Klinik Waqaf An-Nur, Bandar Baru Pasir Pekan , Kota Bharu, Kelantan : 09 - 7199000
  • Klinik Waqaf An-Nur Sg. Buloh, Selangor : 03 - 61413762
  • Klinik Waqaf An-Nur Masjid Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang : 03 - 31760016

Jumlah pesakit buah pinggang yang sedang menerima rawatan dialisis di rangkaian KWAN sehingga kini adalah seramai 185 orang. Manakala jumlah keseluruhan pesakit yang telah dan sedang menerima rawatan adalah seramai lebih 350 orang dengan jumlah mesin dialisis sebanyak 61 buah.

 

DANA KLINIK WAQAF AN-NUR


Waqaf An-Nur mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak agar dapat membantu menampung kos operasi rangkaian KWAN, bagi memberi manfaat berterusan kepada orang ramai.

Sumbangan boleh dibuat menerusi pautan berikut : Sumbangan Klinik Waqaf An Nur atau menerusi akaun berikut :

INFAQ WARISAN

Bagi menambah dana KWAN dan mengajak lebih ramai masyarakat untuk berinfak, program Infaq Warisan telah diperkenalkan pada tahun 2019. Menerusi program ini, para penyumbang bukan sahaja menyalurkan dana kepada KWAN malah turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui program tanaman pokok.

Bagi sebarang pertanyaan untuk menyertai program ini boleh hubungi :07-2972497 / 07-2972499