Carian


Pusat Waqaf Komuniti

PUSAT WAQAF KOMUNITI



Pusat Waqaf Komuniti (PWK) merupakan program pembangunan sosio-ekonomi yang menyediakan latihan kemahiran kepada golongan sasar agar dapat menjana pendapatan dan meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Program ini telah bermula sejak Januari 2014 dengan penubuhan PWK Jahitan di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang. PWK Jahitan kini juga beroperasi di Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram. Bekas pelatih juga diberi peluang memulakan perniagaan melalui Program Inkubator di premis-premis PWK Jahitan. 

Bermula tahun 2018, Waqaf An-Nur telah memperkenalkan program latihan gunting rambut melalui PWK. Sehingga 31 Disember 2020, seramai 67 orang pelatih telah tamat latihan gunting rambut, yang terdiri daripada golongan asnaf, B40 dan penggangur.

MANFAAT

Memperkasakan tahap kebolehupayaan golongan sasar bagi menjana pendapatan dengan memanfaatkan kemahiran teknikal yang diberikan.

PENCAPAIAN 2021:

Program Pembangunan Entrepreneur Sosial (PERINTIS)
 
o Penganjuran program pembangunan bagi usahawan jahitan melalui PERINTIS pada 4 Februari 2021 dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).
 
o Seramai 31 orang peserta daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan usahawan mikro telah terpilih bagi menyertai kursus selama tiga (3) hari dan 10 orang telah dipilih di kalangan mereka melalui proses saringan bagi menyertai program inkubator selama enam (6) bulan di Pusat Waqaf Komuniti (Jahitan), Pusat Perdagangan Kempas.
 
o Sehingga Disember 2021, hasil dari modul dan pemantauan yang dilakukan program ini telah menunjukkan hasil yang baik apabila sebanyak RM194,552 jualan terkumpul berjaya diraih oleh para peserta.
 
o Hasil bimbingan dan latihan, 10 orang peserta Program PERINTIS-Tekstil telah bekerjasama menubuhkan satu syarikat yang dinamakan Printis Empire Consultancy (PEC) pada 15 November 2021.