Carian


Program Mutawwif

PROGRAM MUTAWWIF



Waqaf An-Nur merupakan perintis bagi program pensijilan Mutawwif sejak tahun 2006. Program ini dilaksanakan melalui Akademi Mutawwif Sdn Bhd (AMSB). Keperluan terhadap perkhidmatan Mutawwif ini dilihat semakin meningkat dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengelola pakej umrah dan haji terutama apabila tibanya musim cuti sekolah. Berdasarkan statistik, purata pendaftaran haji setiap tahun adalah seramai 100,000 orang Jemaah di Malaysia. Jumlah ini menjadikan Mutawwif sebagai satu bidang yang diperlukan.

 

MANFAAT

Calon yang telah melepasi latihan praktikal dan temuduga layak berkhidmat sebagai Mutawwif dengan agensi umrah yang memerlukan, mengikut syarat yang ditentukan oleh pihak syarikat.

 

PENCAPAIAN :

  1. Sehingga 2020, seramai 730 Mutawwif telah ditauliahkan di mana 533 daripadanya adalah lelaki dan 197 wanita.
  2. Sejak penubuhan, sebanyak 83 siri Kursus Mutawwif telah dilaksanakan melibatkan lebih 1871 orang peserta
  3. Pada 2020 sahaja, terdapat 3 siri kursus telah dilaksanakan melibatkan seramai 68 orang peserta,yang mana 38 orang adalah lelaki dan 30 orang wanita.
  4. Pada 7 November 2020, AMSB telah berjaya melaksanakan program Tafaqquh Umrah bertempat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn yang melibatkan penyertaan 78 orang peserta.