DANA NIAGA - Pembiayaan untuk Usahawan Mikro
Dana Niaga diperkenalkan oleh Waqaf An-Nur pada 5 Mei 2007. Tujuan pembiayaan Dana Niaga adalah untuk membantu usahawan mikro bagi mengembangkan perniagaan melalui pembiayaan yang berlandaskan syariah.
Pembiayaan yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut :

JUMLAH PEMBIAYAAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2021: RM1,453,100
MANFAAT
-
Membantu golongan memerlukan seperti ibu tunggal untuk berdikari dan menyara kehidupan melalui perniagaan;
-
Mengembangkan perniagaan melalui pemasaran, pembangunan produk dan modal pusingan; dan
-
Sebagai suatu perjuangan meningkatkan ekonomi umat Islam dan usaha meningkatkan syiar Islam melalui aktiviti perniagaan.