Carian


Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah



Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim

Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Waqaf An-Nur mulai 9 Jun 2020. Beliau merupakan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation sejak 9 Januari 2020. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analisa (Kepujian) dari Universiti Malaya, beliau seterusnya mengikuti program Financial Management di National University of Singapore, Senior Management Development Program oleh Harvard Business School dan Senior Management Development in Public Enterprise di Harvard University.

Sebelum ini, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif di TH Properties Sdn Bhd, Ketua Pegawai Operasi & Naib Presiden Kanan Bahagian Strategi dan Pembangunan Perniagaan di Knowledge Economic City yang beroperasi di Madinah, Arab Saudi dan seterusnya beliau pernah menyandang jawatan Presiden & Ketua Eksekutif di Iskandar Investment Bhd. Beliau juga merupakan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Prasarana Integrated Development Sdn Bhd, Ahli Lembaga Pengarah di Yayasan Sultan Ibrahim Johor dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad

Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Waqaf An-Nur mulai 13 Februari 2019. Beliau dilantik sebagai Mufti Negeri Johor mulai November 2018. Sebelum ini, beliau menjalankan tugas sebagai Timbalan Mufti Johor mulai Disember 2011 sehingga November 2018. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam dan Bahasa Arab) dari Universiti Al-Azhar, Kaherah pada 1990. Beliau juga merupakan Pengerusi Panel Syariah WANCorp mulai 14 Mac 2017.

Dato‘ (Dr) Haji Nooh Bin Gadot

Dato‘ (Dr) Haji Nooh Bin Gadot

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Waqaf An-Nur mulai 21 Februari 2002. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang- Undang dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Pada tahun 2015 beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains (Pembangunan Insan) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Beliau juga merupakan Penasihat Agama DYMM Sultan Johor dan Penasihat, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).

Tn Haji Ismail Bin Abu

Tn Haji Ismail Bin Abu

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor mulai 2 Januari 2022. Beliau bekelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Universiti Utara Malaysia. Sebelum ini beliau menjalankan tugas selaku Pegawai Daerah di Pejabat Daerah Batu Pahat.

Mr Ab Razak Bin Samsudin

Mr Ab Razak Bin Samsudin

Merupakan Ahli Lembaga Pengarah Waqaf An-Nur mulai 1 Oktober 2013. Beliau merupakan Pengarah Perubatan di KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital dan pakar bedah yang berpengalaman di KPJ Puteri Specialist Hospital dan KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti of Mansoura, Mesir. Beliau juga penerima Anugerah Fellow of the Royal College of Surgeons (Ireland)

Tn Haji Bukhari Bin Abd Rahman

Tn Haji Bukhari Bin Abd Rahman

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Waqaf An-Nur mulai 9 Jun 2020, beliau merupakan Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pengerang bermula 2016 sehingga 2019.

Dato’ Haji Marsan Bin Kassim

Dato’ Haji Marsan Bin Kassim

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Waqaf An-Nur bermula pada 12 Mei 2016. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Malaya pada 1979. Kini beliau dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor mulai 28 Jun 2011.

Dato’ Mohd Redza Shah bin Abdul Wahid

Dato’ Mohd Redza Shah bin Abdul Wahid

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Waqaf An-Nur bermula pada 27 April 2021. Beliau berkelulusan Master of Science of Economics (International Banking and Finance) University of Wales, Cardiff. Kini beliau dilantik sebagai Pengerusi, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

 

Tn Haji Rozan Bin Mohd Sa’at

Tn Haji Rozan Bin Mohd Sa’at

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia (1982). Kini beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah E.A Technique (M) Berhad. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan PIJ Holdings Sdn Bhd (2014-2019).
Tn Haji Lukman Bin Haji Abu Bakar

Tn Haji Lukman Bin Haji Abu Bakar

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Waqaf An-Nur mulai 1 Januari 2010, Beliau kini adalah Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian) daripada Universiti Teknologi Malaysia dan Post Graduate Diploma (Housing, Building and Planning) daripada Institute for Housing Studies, Rotterdam, Holland pada tahun 1982. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Johor Land Berhad (JLand) mulai 1 Januari 2010 dan Naib Presiden Kanan / Ketua Eksekutif Bahagian Hartanah JCorp sejak 1 Januari 2011.

Tn Haji Mohd Yusof Bin Ahmad

Tn Haji Mohd Yusof Bin Ahmad

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Waqaf An-Nur mulai 9 Jun 2020. Beliau kini adalah Pengarah Eksekutif, Johor Land Berhad. Beliau berkelulusan BA in Surveying (Property Management), Universiti Teknologi Malaysia. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengurus Besar Kanan, Johor Land Berhad.

X