Carian


Jalinan Uhkuwah

JALINAN UKHUWAH

Program Jalinan Ukhuwah adalah program menyantuni masyarakat di seluruh daerah di negeri Johor.

Program Jalinan Ukhuwah ini bertujuan menjalin hubungan baik antara Waqaf An-Nur, JCorp dan Syarikat dalam kumpulan bersama pemimpin dan masyarakat serta menyumbang tenaga demi menjamin kesejahteraan masyarakat setempat.

Program ini mensasarkan masyarakat di kawasan luar bandar di Johor.

Program dilaksanakan dengan kerjasama anggota Briged Waqaf, Majlis Daerah & Pejabat Daerah, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Bermula tahun 2020, program Jalinan Ukhuwah ini diperkembangkan lagi dengan menyantuni golongan gelandangan di sekitar bandar Johor Bahru, mualaf dan orang asli.


 

MANFAAT PROGRAM JALINAN UKHUWAH

  1. Platform bertemu komuniti terutamanya di kampung-kampung di seluruh pelusuk Negeri Johor.
  2. Waqaf An-Nur bersama-sama pemimpin masyarakat seperti Wakil Rakyat, Penghulu dan Ketua Kampung menyumbang bakti kepada komuniti di sesebuah lokasi yang ditetapkan.
  3. Medan bagi Waqaf An-Nur dan JCorp menyampaikan sumbangan kepada golongan sasaran dan pusat pembangunan masyarakat seperti surau/ masjid
  4. Menyampaikan maklumat mengenai Waqaf An-Nur dan JCorp serta Syarikat dalam kumpulan kepada masyarakat

PENGISIAN PROGRAM JALINAN UKHUWAH

  1. Platform menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan dan pusat pembangunan masyarakat seperti surau atau masjid
  2. Pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk
  3. Gotong royong
  4. Majlis Bacaan Yasin dan Ceramah.
  5. Promosi aktiviti Waqaf An-Nur, JCorp serta Syarikat dalam kumpulan.