Carian


Pelaburan Emas Patuh Syariah

Waqaf An-Nur Gold


komtar

WAQAF AN NUR GOLD SDN BHD (WAN GOLD)

Tentang WAN Gold

WAN Gold (sebelum ini dikenali sebagai Maruah Emas Sdn Bhd) telah ditubuhkan pada 13 Jun 2006 dan memulakan operasi sebagai pemegang pajak gadai berlesen (urusniaga Ar-Rahnu) di bawah Akta 81; Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 pada 19 Mac 2007.

Pada tahun 2019, saham syarikat WAN Gold telah diambilalih sepenuhnya oleh Waqaf An-Nur daripada Johor Ventures Sdn Bhd, iaitu syarikat anak milik penuh JCorp.

Pada 21 Oktober 2021, syarikat telah ditukar nama dari Maruah Emas Sdn Bhd kepada Waqaf An Nur Gold Sdn Bhd setelah mendapat sokongan dari Jawatankuasa Wakaf MAIJ dan kelulusan dari Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Bagi tahun 2022, syarikat masih mengekalkan aktiviti utamanya sebagai pemegang pajak gadai berlesen (urusniaga Ar-Rahnu) di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor.

Pada penghujung tahun 2022, Syarikat mula meneroka peluang baru dengan menceburi penjualan emas atas talian (digital gold) dengan kerjasama rakan strategik. Platform pembelian emas secara digital ini dijangka akan mula dilancarkan pada suku tahun ketiga 2023.

Prestasi Kewangan 2022

Pada tahun 2022, syarikat telah merekodkan pendapatan berjumlah RM1.7 juta dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM466 ribu. Jumlah pendapatan dan keuntungan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 21 peratus dan 46 peratus berbanding RM1.4 juta dan RM334 ribu pada tahun 2021.

Peningkatan keuntungan syarikat adalah didorong oleh peningkatan jumlah pembiayaan yang tertinggi dicatatkan dalam tahun 2022 berjumlah RM9.6 juta berbanding RM9.2 juta yang direkodkan dalam tahun 2021. Jumlah ekuiti juga meningkat sebanyak 1% dari RM10.4 juta dalam tahun 2021 kepada RM10.5 juta pada tahun 2022.

Dalam tempoh kewangan sehingga 31 Disember 2022, sebanyak RM23 juta pembiayaan kewangan telah diberikan kepada lebih 12 ribu orang pelanggan melibatkan nilai sandaran emas berjumlah RM41 juta. Manakala, RM21 juta telah diterima semula dari lebih 10 ribu pelanggan yang melibatkan penyerahan semula sandaran emas berjumlah RM36 juta.

Prestasi operasi syarikat pada tahun 2022 telah mencatatkan peningkatan yang ketara berbanding tahun 2021. Jumlah pembiayaan kewangan meningkat sebanyak 12 peratus atau RM2.5 juta. Faktor yang mendorong peningkatan aktiviti gadaian adalah peningkatan kos sara hidup dan bantuan kewangan oleh kerajaan dalam tempoh pasca pandemik hanya kepada golongan bersasar sahaja.

Perbelanjaan syarikat turut meningkat sebanyak 18 peratus iaitu RM1.3 juta bagi tahun 2022 berbanding RM1.1 juta pada tahun 2021.

 

An-Nur Gold adalah produk emas secara digital yang patuh Syariah yang memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai pasaran emas.
 
Maklumat lanjut, sila layari annurgold.ace2u.com