Carian


Infaq Warisan

Infaq Warisan


Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur terus mendapat sambutan dari orang ramai, dan jumlah kunjungan terus meningkat saban tahun. Bagi memastikan pengurusan dan khidmat kepada orang ramai dapat diteruskan, program Infaq warisan diperkenalkan bagi menambahkan lagi Dana Klinik Waqaf An-Nur (DKWAN).



Program serampang dua mata ini bukan sahaja untuk meningkatkan DKWAN malah ianya juga bertujuan untuk memelihara alam sekitar melalui tanaman pokok di kawasan-kawasan terpilih dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan. Menerusi program ini para penginfak bukan sahaja dapat membantu kepada DKWAN malah dapat memastikan alam sekitar terus terpelihara. Program ini adalah seiring dengan objektif Hari Landskap Negara 2019 yang dianjurkan pada awal bulan Mac 2019 untuk mentransformasikan persekitaran negara ke arah menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah menjelang tahun 2020.



Sistem “remote sensing” digunakan bagi memudahkan penginfak untuk memantau pertumbuhan pokok yang ditanam.

INFAQ WARISAN

Bagi menambah dana KWAN dan mengajak lebih ramai masyarakat untuk berinfak, program Infaq Warisan telah diperkenalkan pada tahun 2019. Menerusi program ini, para penyumbang bukan sahaja menyalurkan dana kepada KWAN malah turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui program tanaman pokok.

Bagi sebarang pertanyaan untuk menyertai program ini boleh hubungi :07-2195118 / 07-2192756