Terkini, Masjid Sultan Iskandar dianugerahkan “Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA)” oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada 6 November 2019 sekaligus menokok satu lagi persepsi dan imej positif terhadap institusi masjid di negara ini. Masjid ini bersama Masjid Jamek Kuala Lumpur, merupakan masjid pertama di Malaysia yang menerima anugerah tersebut manakala Masjid Sultan Iskandar menjadi premis kedua di Johor yang mendapat pengiktirafan MyTQA selepas Johor Premium Outlet.

Seterusnya, dengan harapan agar IIC mampu memainkan peranannya sebagai wadah yang menyatukan umat Islam, menyuburkan harmoni bagi sebuah komuniti pelbagai agama dan kaum serta menyebarkan nilai-nilai kesejagatan Islam kepada segenap insan.