Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn

Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn iaitu masjid keenam dan terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur Johor Corporation yang mampu memuatkan sehingga 4,600 jemaah, telah mula diuruskan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) bermula solat Jumaat pertama pada 26 Disember 2015.

Masjid itu dibina oleh Johor Land Berhad, sebuah syarikat dalam Kumpulan Johor Corporation dengan kos RM28 juta di atas tapak seluas 5.38 ekar. Ia mula dibina pada pertengahan 2013 dan siap pada penghujung 2015, kini diuruskan oleh WANCorp. WANCorp telah mendapat perkenan DYMM Sultan Johor, melalui Mufti Negeri Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor untuk membenarkan masjid tersebut memulakan solat Jumaat pertamanya pada 8 Januari 2016. Mampu memuatkan 4,600 jemaah dalam satu-satu masa.

Sejumlah RM7.2 juta atau lebih 25 peratus kos pembinaannya adalah hasil sumbangan syarikat dalam Kumpulan Johor Corporation dan orang ramai manakala selebihnya ditampung oleh Johor Land Berhad selaku pemaju Bandar Dato’ Onn.


Info Masjid

sq-sample35

CARTA ORGANISASI


CARTA ORGANISASI
sq-sample34

INFO PROJEK


INFO PROJEK


Aktiviti

Tiada Aktiviti Buat Masa Ini

Perkhidmatan

Sewa Dewan Bilik

Kaunter Zakat

Sepanjang Ramadhan kaunter zakat fitrah dibuka selepas solat fardhu di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn

LIHAT SEMUA