Dalam usaha menyampaikan mesej kefahaman dan keindahan dalam Islam, Masjid Sultan Iskandar telah diistiharkan sebagai sebuah masjid pelancongan sejak 2019. Ini menjadikan Masjid Sultan Iskandar sebagai sebuah masjid ikon di negeri Johor, di mana Masjid Sultan Iskandar menerima lawatan dari pengunjung atau pelancong daripada kalangan masyarakat Islam mahupun bukan Islam, dalam negeri atau luar negeri.