Carian


Syarikat Tidak Tersenarai

Capaian Aspirasi Sdn Bhd


komtar

Tentang Capaian Aspirasi Sdn Bhd (CASB)

CASB pada asalnya merupakan anak syarikat kepada JCorp. Bermula Februari 2006, 10 peratus saham syarikat telah dimiliki oleh Encik Ismail Bin Mat Ali di bawah Skim Intrapreneur JCorp.

Pada Oktober 2007, JCorp telah mewakafkan 75 peratus pegangan sahamnya di dalam CASB kepada Waqaf An-Nur, manakala baki 25 peratus dimiliki oleh Encik Ismail Bin Mat Ali.

Aktiviti syarikat adalah pengurusan Zakat Korporat, Mutawwif Umrah dan Haji, Badal Haji, Program Korban Akikah, Wakaf Perigi di Kemboja, Penyediaan Bakul Makanan serta aktiviti konsultansi bagi kursus, ceramah agama dan program motivasi.

Jumlah guna tenaga syarikat sehingga Disember 2022 adalah seramai 5 orang.

Prestasi Kewangan CASB 2022

Berakhir tahun kewangan 2022, jumlah pendapatan syarikat meningkat sebanyak 19.47 peratus kepada RM1,433,319 berbanding RM1,199,686 pada 2021. Walaubagaimanapun, keuntungan sebelum cukai merosot kepada RM423,845 berbanding keuntungan bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya iaitu RM 756,266.

Penurunan peratusan keuntungan disebabkan syarikat menanggung kerugian melalui jual beli saham dan juga pertambahan perbelanjaan syarikat.