Carian


Makluman Semasa

Sumbangan Dana Covid-19


Pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini memberi kesan yang begitu besar kepada kita semua. Atas keprihatinan itu, Waqaf An-Nur telah pun menghulur dana membantu meringankan beban golongan sasaran dan Waqaf An-Nur juga telah melancarkan Sumbangan Dana Covid-19 yang membuka peluang kepada orang ramai untuk turut menyumbang bagi membantu mereka yang memerlukan.

Alhamdulilah, sumbangan dari orang ramai yang dilancarkan bermula 24 Mac 2020 ini telah membantu lebih 26,000 keluarga sehingga hari ini. Melihat kepada keadaan semasa, ramai yang mula hilang sumber pendapatan dan kehilangan pekerjaan dan memerlukan bantuan dan sumbangan yang berterusan sehingga keadaan ekonomi kembali stabil. Waqaf An-Nur ingin mengajak orang ramai untuk terus menghulur sumbangan membantu mereka yang memerlukan ini.

Sumbangan ini boleh dihulurkan menerusi pautan berikut : https://toyyibpay.com/Tabung-Bantuan-Covid-19-

Atau ke akaun : Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru : 01014010060023 (Bank Islam Malaysia Berhad) – Setiap sumbangan menggunakan rujukan : Dana Covid-19

>> Klik disini Untuk Baca Paparan Akhbar <<


komtar