Dibina pada tahun 1989 dengan kos RM3.5 juta. Beroperasi sepenuhnya bermula tahun 1991. Kapasiti menampung jemaah seramai 1,300 orang dalam satu masa. Ia dibina di atas tapak seluas 14.8 ekar dengan keluasan masjid 900 meter persegi.
Dibina pada tahun 1998 dengan kos RM2.5 juta. Solat Jumaat pertama diadakan pada 25 Ogos 2000. Kapasitinya boleh menampung 1,200 orang jemaah serentak. Ia dibina di atas tapak seluas 1.6 ekar dengan keluasan masjid 900 meter persegi.
Dibina pada tahun 1991 dengan kos RM500 ribu. Kini masjid telah dinaiktaraf untuk menampung sehingga 1,000 orang jemaah dalam satu masa. Solat Jumaat pertama pada 17 Januari 1992. Ia dibina serentak dengan Plaza Kotaraya, Johor Bahru dan terletak di tingkat 2 & 3 kompleks tersebut..
Dibina pada tahun 2008 dengan kos RM1.5 juta. Kapasiti jemaah adalah 700 orang dalam satu masa. Keluasannya adalah 7,373 kaki persegi. Solat Jumaat pertama adalah pada 12 Disember 2008. Masjid ini terletak di tingkat Mezzanine Terminal Bas Larkin Sentral.
Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn iaitu masjid keenam dan terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur Johor Corporation yang mampu memuatkan sehingga 4,600 jemaah, telah mula diuruskan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) bermula solat Jumaat pertama pada 26 Disember 2015.
Waqaf An-Nur menguruskan enam buah rangkaian masjid iaitu Masjid An-Nur Kotaraya, Larkin Sentral, Bandar Pasir Gudang, Pasir Gudang, Taman Cendana dan yang terbaharu, Waqaf An-NurBACA SELANJUTNYA
Islamic Information Centre (IIC) Masjid Sultan Iskandar telah diwujudkan bagi menumpukan usaha meningkatkan kefahaman bukan Islam terhadap Islam dan institusi Masjid. IIC yang terletak di tingkat bawah Masjid Sultan Iskandar merupakan sebuah galeri pameran yang berkeluasan 489 meter persegi. IIC mempamerkan bahan-bahan seperti Rukun Islam, Rukun Iman, dan Ihsan, intipati ajaran Islam selain fakta-fakta sejarah al-Quran, Mekah, Madinah, dan Baitul Maqdis. Turut di BACA SELANJUTNYA
INFO PROJEK