Carian


Galeri Gambar

Pembentangan WANCorp di MAIM


27 Julai 2020, WANCorp telah diundang oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi membentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MAIM mengenai penubuhan dan peranan WANCorp, selain berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan serta kerjasama antara WANCorp dan MAIM pada masa akan datang.

 

Sesi pembentangan ini dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Sulaiman bin Md Ali bertempat di bilik Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri. Pembentangan WANCorp telah dibuat oleh Tn Hj Bukhari Abd Rahman, Ketua Eksekutif dan turut hadir barisan pengurusan WANCorp.