Carian


Galeri Gambar

Lawatan MAIM ke WANCorp


16 Julai 2020, WANCorp Terima Kunjungan dari Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM).

 

Lawatan oleh seramai 7 orang delegasi dari MAIM yang diketuai oleh Tn Hj Muhammad Ikram Bin Ibrahim, Setiausaha MAIM telah di adakan di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru. Turut hadir sempena lawatan ini ialah Ketua Eksekutif WANCorp, Tn Hj Bukahri Abd Rahman dan barisan pengurusan WANCorp.

 

Lawatan kerja yang diadakan ini adalah bertujuan untuk berkongsi idea hal-hal berkaitan pengurusan wakaf. Semoga dengan adanya pertemuan ini dapat merancakkan lagi usaha mengajak dan menarik lebih ramai orang untuk berwakaf dan seterusnya mengukuhkan institusi wakaf.

 

Sempena lawatan ini, telah diadakan sesi taklimat WANCorp yang disampaikan oleh En Mohd Bahrin Bakri, Pengurus Besar, dan para delegasi juga dibawa melawat Islamic Information Centre.