Masjid An-Nur Taman Cendana

Masjid An-Nur Taman Cendana mula dibina pada Disember 1998 oleh Johor Corporation melalui PBT Pasir Gudang dengan kos RM 2.5 juta. Sembahyang Jumaat pertama telah diadakan pada 25 Ogos 2000. Masjid ini merupakan masjid ketiga dibina oleh Johor Coporation di dalam kawasan Pasir Gudang selain daripada Masjid An-Nur Banda Pasir Gudang dan Masjid Kampung Kopok Baru. Pembinaan Masjid Taman Cendana ini bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk-penduduk Taman Cendana, Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya selaras dengan usaha Johor Corporation untuk terus meningkatkan syiar Islam.

Masjid yang dibina di atas tapak seluas 1.6 ekar dengan keluasan masjid 900 meter persegi. Masjid yang dibina hasil sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk badan-badan korporat dan individu boleh menampung 1,200 orang jemaah pada satu-satu masa. Antara kemudahan asas yang disediakan adalah tempat mengambil wuduk, bilik persalinan, tandas, bilik Imam dan kawasan meletak kenderaaan yang luas. Keunikan masjid ini adalah ianya dibina dengan menggabungkan ciri-ciri seni bina Asia Tengah dan senibina tempatan. Bentuk ukiran di mihrab masjid ini mempunyai elemen ‘muqarnas’ dan bukaan dindingnya pula mempunyai elemen ‘masrabia’.


Info Masjid

sq-sample35

CARTA ORGANISASI


CARTA ORGANISASI
sq-sample34

INFO PROJEK


INFO PROJEK


Aktiviti

Tiada Aktiviti Buat Masa Ini

Perkhidmatan

Sewa Barangan Dapur

BOLEH MENGHUBUNGI ANGGOTA PEKERJA MASJID

Amil zakat Fitrah

SERAMAI 3 ORANG AMIL ZAKAT FITRAH DI MASJID AN-NUR TAMAN CENDANA
LIHAT SEMUA